KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
(DUA6022)
TAJUK :
AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM
NAMA PENSYARAH :
WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD IMAN HAIQAL BIN SUPIYAN (02DKM17F1009)
MUHAMAD QHAIRUNNAZ BIN MOHAMED RASHID (02DKM17F1062)
IRFAN BIN SAID (02DKM17F1030)
MOHAMAD AIMAN BIN AHMAD SABRI (02DKM17F1066)
MUHAMMAD FAIZ AKMAL BIN MAHADI (02DKM17F1005)
SYED IMRAN BIN SYED HUSSAIN SHAH (02DKM17F1086)

PENGHARGAAN
Bismillahrahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dulu kami ingin mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah khasnya kepada pensyarah Komunikasi Dan Penyiaran Islam kami iaitu Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdullah yang telah memberikan tugasan kepada kami dalam berbentuk blog. Kami dari kelas DKM5B telah diberikan tugas untuk membuat blog yang bertajuk "Amalan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum". Semasa kajian dijalankan, kami bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi untuk memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses melaksanakan tugasan ini.
Kami telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum memulakan pembuatan blog ini.
Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkaikan pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Kami berharap agar ilmu yang kami kongsi ini dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan seharian sebagai makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini.
Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Melayu. Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong acapkali diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan silaturrahim yang erat dan kukuh antara satu sama lain berbilang kaum.
- Menjadikan negara kita lebih aman , sejahtera dan bersih.
- Dapat mewujudkan sikap kerjasama antara kaum yang berbeza.
- Dapat menggunakan masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah dan lebih lebih manfaat.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan.Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya,gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat
penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya,dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya,dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada
masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.Amalan gotong-royong masih teguh diamalkan di kalangan masyarakat di luar bandar berbanding masyarakat di bandar.Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain.
Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Iniberbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan.Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar.Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. CorakCpekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga.Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar.Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir.

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan.Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di
dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu. amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DALAM AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Gotong-royong di kawasan perumahan
Gotong-royong di kawasan sekolah
Gotong-royong di kawasan perkuburan
CABARAN MEMUPUK SEMANGAT BERGOTONG-ROYONG
Masyarakat perlu sedar bahawa dengan melakukan amalan ini hubungan silaturahim antara masyarakat semakin utuh dengan sebab itu semua pihak perlu mengambil langkah untuk menjayakan dan membwa amalan ini ke dalam diri setiap masyarakat tetapi bagi menjayakan amalan ini pelbagai cabaran perlu dihadapi. Antara cabarannya adalah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya dan masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman tanpa menghiraukan perkara-perkara di sekeliling mereka.
Selain itu, masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur kebanyakkanya kurang mengenali dan merapatkan hubungan siratulrahim bersama jiran-jiran yang berbilang kaum.
Seterusnya amalan gotong-royong tidak mendapat sambutan daripada masyarakat kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan tersendiri dan terutamanya bagi golongan muda sekarang yang semakin suka menghabiskan masa di rumah bersama permainan video games daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan siratulrahim di antara pelbagai kaum seperti amalan bergotong royong.
KESIMPULAN

RUJUKAN :-